tin cun

KEMPEN PERMAINAN TRADISIONAL 2024

" Belajar Sambil Bermain "

PENTING!

Kempen Permainan Tradisional ini akan diberikan secara percuma.
Tawaran hanya dibuka kepada sekolah-sekolah di Negeri

Selangor dan Kuala Lumpur SAHAJA,

Sila scroll sekiranya anda bertugas di kawasan yang dinyatakan diatas.

Apa Itu Kempen Permainan Tradisional

Kempen Permainan Tradisional ini merupakan satu inisiatif untuk memartabat dan memelihara warisan permainan budaya tinggalan nenek moyang kepada generasi pelapis Malaysia.

Kempen ini akan dijalankan oleh syarikat Guligeng Resources selaku operator kerja dan disokong oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (Motac). Dana bagi menjalankan projek ini ditaja oleh operator kerja dan Motac. 

Guligeng adalah syarikat Pengurusan Acara korporat  yang telah beroperasi sejak tahun 2012. Guligeng memartabatkan permainan nenek moyang ini dengan cara menawarkan khidmat pengurusan acara sukan tradisional kepada syarikat korporat dan membekalkan alat permainan tradisional ke sekolah-sekolah untuk subjek Pendidikan Jasmani.

Kempen ini telah mendapat sokongan serta kelulusan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

OBJEKTIF PROGRAM

Pengisian Kempen Permainan Tradisional

Set Permainan Tuju Tin ini telahpun disuai uji di acara pertandingan sebenar dan telah dinobatkan sebagai produk  Juara Pertandingan Inovasi Inklusif 2017, anjuran Yayasan Inovasi Malaysia.

Sebanyak 80 unit Set Permainan akan dibekalkan ke  sekolah yang terpilih di Lembah Kelang.

Setiap Set Permainan Tuju Tin mengandungi item berikut:-

  1. Kotak penyimpan di tempah khas.
  2. 10 Tin Piramid direka-khas.
  3. 1 Selipar Tuju direka-khas.
  4. 1 kayu alas.
  5. Buku Panduan Guru
  6. Video tatacara kaedah permainan.

Ilustrasi Set Permainan Tuju Tin

Nota:

  • Terdapat perubahan rekabentuk kotak penyimpan, telah diubahsuai untuk memenuhi spesifikasi program ini.
  • Video Kaedah Permainan disediakan dalam bentuk QR Bar.

Bengkel Permainan Tradisional

Bengkel Permainan Tradsional merupakan aktiviti interaktif yang akan melibatkan 32 buah sekolah di daerah Lembah Kelang. Waktu pembelajaran akan diadakan pada sesi Kokurikulum atau jadual yang ditetapkan guru terlibat.

Durasi bengkel  : 32 sesi/ sekolah
Tarikh  : Jun hingga Sept 2024.
Tempat  : Padang sukan sekolah terpilih.
Masa : 2 jam (slot waktu ditentukan guru bertugas)

Terdapat 2 kaedah pembelajaran bengkel seperti berikut:

  1. Bengkel Maya

    Operatir Kerja akan memaparkan Video Kaedah Permainan Tradisional bertujuan untuk  memberi persediaan secara teori kepada pelajar terlibat.

  1. Bengkel Fizikal
    Operator kerja Guligeng akan mengadakan demostrasi permainan dan pelajar terlibat perlu melibatkan diri selaku permain bagi permainan disediakan.

Takwin Bengkel Permainan Tradisional

Pertandingan Permainan Tuju Tin Secara Fizikal

Perincian Acara Permainan Tuju Tin Secara Fizikal

Sekolah yang telah mengikuti bengkel akan dijemput untuk menyertai acara pertandingan permainan tradisional seperti ketetapan berikut:

Tarikh  : Julai hingga September 2024
Tempat : Sekolah Terpilih
Masa : 8 pagi hingga 2 petang.

Lokasi dan masa spesific akan ditentukan bersama oleh Guligeng dengan persetujuan pihak sekolah. 

Skop Tugasan

Skop Tugasan Operator Kerja

  • Pengurusan sebelum, semasa dan selepas acara berlangsung.

  • Membekalkan alat permainan Tuju Tin kepada sekolah untuk tujuan persediaan ke peringkat pertandingan.

  • Berhubung rapat dengan guru bertugas bagi penetapan tarikh bengkel.

  • Menyediakan alatan permainan, krew kerja, jurulatih, gelanggang permainan, sistem bunyi serta modul pembelajaran.

  • Koordinasi acara semasa bengkel dan pertandingan.

  • Menyediakan tempat acara, makan, khemah, keselamatan medik, hadiah serta lain-lain keperluan peserta.

Skop Tugasan Guru Bertugas

  • Penetapan tarikh, masa dan tempat acara untuk menjayakan bengkel di sekolah masing-masing.
  • Kesediaan untuk menyediakan 100 orang pelajar menyertai bengkel.
  • Menyediakan keperluan bengkel seperti projektor, meja dan skrin putih.
  • Kesediaan untuk menyediakan 7 -10 orang wakil pelajar untuk acara pertandingan.
  • Kesediaan untuk menyediakan kawasan bengkel berupa padang atau dewan.
  • Kesediaan untuk menyediakan kenderaan ke tempat pertandingan (kos milage disediakan).
  • Berhubung dengan ibu bapa pelajar bagi mendapatkan kebenaran membawa pelajar ke acara luar sekolah.
  • Menyediakan butiran pelajar untuk tujuan penyediaan sijil penyertaaan.

Kriteria Pemilihan Sekolah

  • Sekolah aliran perdana di daerah Selangor dan Kuala Lumpur.
  • Dipecahkan kepada kategori sekolah rendah (atas) dan kategori sekolah menengah (bawah).
  • Sekolah dengan kapasiti murid sekurang-kurangnya 1,500 orang pelajar.
  • Sekolah tidak pernah menerima khidmat bengkel pada tahun 2023.
  • Mempunyai Guru Pendidikan Jasmani atau Guru Kokorikulum yang mempunyai minat serta komited dalam menjayakan program.
  • Guru bertugas bersedia untuk memberi komitmen dari segi menyediakan pelajar bagi aktiviti bengkel serta pertandingan Tuju Tin.
  • Guru bertugas bersedia menggalas tugasan seperti yang digariskan pada perenggan Skop Tugasan Guru Bertugas.

Dapatan Kepada Pelajar

  • Penyertaan bengkel serta pertandingan tidak dikenakan sebarang caj.
  • Cenderahati untuk pelajar pada hari bengkel.
  • Makan minum peserta pada acara pertandingan disediakan (makan pagi dan tengahari).
  • Sijil penyertaaan dan sijil pencapaian (atas inisiatif guru bertugas)
  • Hadiah individu berupa Medal kemenangan kepada semua perserta.
  • Hadiah berpasukan berupa Trophy kemenangan kepada Juara dan Naib Juara sahaja.
  • Hadiah kemenangan lain berupa wang tunai dan hamper akan dipertimbangkan.

Sekiranya anda memenuhi kriteria pemilihan serta berminat untuk mendapatkan tawaran Kempen Permainan Tradisional ini,

sila isi butiran serta tempah slot bengkel permainan melalui button dibawah

“Membudayakan Permainan Tradisi Untuk Terus Diwarisi”

Norhayati Nordin, Pengarah Projek.

Ditaja Oleh