ABOUT GULIGENG
MENGAJAR SUBJEK PENDIDIKAN JASMANI KINI LEBIH MENARIK DAN MUDAH
Alat bantu mengajar PJK serba lengkap berkonsep PERMAINAN TRADISIONAL
KAMI PENGUSAHA PERMAINAN TRADISIONAL
TUNGGAL DI MALAYSIA
Premium Service
Trusted Brand
100% Satisfaction
Beroperasi sejak tahun 2012. Kami merupakan syarikat Pengurusan Majlis Korporat, terutamanya bagi acara outdoor yang melibatkan acara pertandingan sukan.
Uniknya Guligeng kerana kami menyediakan 100% PERMAINAN TRADISIONAL di setiap majlis keraikan yang kami kendalikan.
Kini, kami meluaskan lagi inisiatif kami untuk menghidupkan permainan nenek moyang ini dengan membekalkan ALAT BANTU MENGAJAR PERMAINAN TRADISIONAL ke sekolah-sekolah.
Terdapat beberapa isu yang ingin kami tangani dikalangan guru-guru serta generasi pelapis Malaysia.
ISU 1
Kekurangan Alat Bantu Mengajar
-
Pada tahun 2014, kami mengadakan KEMPEN PERMAINAN TRADISIONAL di sekolah-sekolah di Selangor. Kami menguruskan acara Sukan Tahunan di 10 buah Sekolah Menengah sekitar Selangor.
Lanjutan daripada kempen tersebut, Guru Pendidikan Sivik dan Pendidikan Jasmani menyuarakan kesukaran mereka untuk mendapatkan alatan sukan terutama sekali alatan permainan tradisional. Terdapat guru yang terpaksa menggali padang sekolah demi untuk penyediakan fasiliti permainan Konda-Kondi.
Kini, kami berinisiatif untuk mengurangkan kesukaran guru dengan menyediakan alatan sukan yang memudahkan pembelajaran serta serba lengkap.
Foto: Keratan akhbar Kempen Permainan Tradisional di SMK (P) Sri Aman, Selangor.



ISU 2
Gejala Gila Gajet
-
Kegilaan terhadap permainan teknologi tinggi menjadikan anak-anak menghadapi sindrom kurang keyakinan diri, kurang kemahiran kemunikasi dan tidak pandai berdikari.
Sekiranya tiada galakan kepada anak-anak untuk bermain secara interaktif, gejala gila gajet ini akan semakin menular hingga menjadi satu gaya hidup.
Berdasarkan kajian oleh SKMM pada tahun 2018, sebanyak 38.1% pengguna internet merupakan rakyat Malaysia di bawah umur 20tahun. Kajian ini juga menunjukkan bahawa aktiviti utama golongan generasi muda ini adalah permainan online.
Bantu kami untuk membantu generasi Malaysia bermain secara interaktif, tidak hanya bermain secara maya.
KAMI BANTU
Kami menyediakan perkhidmatan yang berikut:
PRODUK
Menyediakan alat bantu mengajar -
Sila rujuk katalog produk PERMAINAN TRADISIONAL
SERVIS
Kami menyediakan khidmat pengurusan acara sukan tahunan sekolah .