BORANG TEMPAHAN
PENTING!
Kempen Permainan Tradisional ini akan diberikan secara percuma.
Tawaran hanya dibuka kepada sekolah-sekolah di Negeri
Selangor dan Kuala Lumpur SAHAJA
Sila scroll sekiranya anda bertugas di kawasan yang dinyatakan diatas.
Nota: Rekabentuk Kotak Penyimpan telah diubahsuai untuk memenuhi spesifikasi program ini.
SYARAT-SYARAT PENERIMAAN SET EDUKIT TUJU TIN
- Setiap sekolah hanya layak mendapat SATU set peralatan permainan Tuju Tin.
- Kos penghantaran hendaklah ditanggung oleh pihak sekolah. (RM20 Selangor & KL). Harga sebenar Edukit Tuju Tin adalah RM350.00
- Guru bertugas wajib mengisi borang AKUAN PENERIMAAN produk berserta cop rasmi sekolah.
- Pihak Guligeng tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang kerosakan produk.
- Sekolah yang telah menerima Set Tuju Tin pada tahun 2023 tidak dibenarkan memohon. Kami akan melakukan semakan data.
- Sekolah hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya 1,500 kapasiti bilangan pelajar.
Akuan :
Sekolah saya berminat untuk mendapatkan Set Permainan Tuju Tin dan bersetuju memenuhi syarat-syarat penerimaan produk.
Borang Tempahan Set Edukit Tuju Tin
Sekiranya sekolah anda terpilih untuk mendapatkan set Edukit Tuju Tin ini, kami akan menghubungi anda melalui talian telefon.
BENGKEL PERMAINAN TRADISIONAL DAN
PERTANDINGAN PERMAINAN TUJU TIN
- Bengkel Permainan Tradisional dan Pertandingan Tuju Tin ini terhad kepada pelajar Sekolah Rendah Atas dan Sekolah Menengah Bawah SAHAJA.
- Bengkel akan dijalankan selama 2 jam sesi pembelajaran. Terbuka kepada pelajar lelaki dan perempuan.
- Pertandingan Permainan Tradisional terhad kepada Pelajar Lelaki SAHAJA.
- Sekiranya anda berminat untuk menyertai bengkel permainan tradisional, anda juga perlu hadir serta komited terlibat dalam pertandingan permainan tradisional bertempat di sekolah terpilih.
Skop Tugasan Guru Bertugas
- Penetapan tarikh, masa dan tempat acara untuk menjayakan bengkel di sekolah masing-masing.
- Kesediaan untuk menyediakan 100 pelajar menyertai bengkel.
- Kesediaan untuk menyediakan 7-10 orang wakil pelajar untuk acara pertandingan sukan tradisional.
- Kesediaan untuk menyediakan kawasan bengkel berupa padang atau dewan.
- Menyediakan keperluan bengkel seperti projektor, meja dan skrin putih.
- Kesediaan untuk menyediakan gelanggang permainan (sekiranya perlu).
- Kesediaan untuk menyediakan kenderaan ke tempat pertandingan (kos milage disediakan).
- Berhubung dengan ibu bapa pelajar bagi mendapatkan kebenaran membawa pelajar ke acara luar sekolah.
- Menyediakan butiran pelajar untuk tujuan penyediaan sijil penyertaaan.
SEKIRANYA ANDA FAHAM DAN BERSETUJU DENGAN SKOP TUGASAN GURU SILA ISI BUTIRAN BERIKUT.
Borang Tempahan Slot Bengkel
- Sekolah yang terlibat dengan bengkel akan memperoleh 1 (Satu) set Edukit Tuju Tin. Produk dihantar semasa hari bengkel.
- Sekolah yang terpilih akan dihubungi melalui telefon untuk urusan seterusnya.
- Video kaedah permainan akan dihantar sebelum hari bengkel dan guru bertugas dipertanggungjawab mengajar secara teori menggunakan video tersebut.
- Tarikh akan ditentukan atas persetujuan bersama untuk mengelakkan pertindihan dengan sekolah lain.
TERIMA KASIH KERANA MENDAFTAR, ANDA AKAN DIHUBUNGI MELALUI TALIAN TELEFON SEKIRANYA TERPILIH.
“Membudayakan Permainan Tradisi Untuk Terus Diwarisi”
Norhayati Nordin, Pengarah Projek.