MENGAJAR SUBJEK PENDIDIKAN JASMANI KINI LEBIH MENARIK DAN MUDAH
Alat bantu mengajar PJPK serba lengkap berkonsep PERMAINAN TRADISIONAL
SUPPORTED BY
TENTANG GULIGENG
KAMI PENGUSAHA PERMAINAN TRADISIONAL
Beroperasi sejak tahun 2012. Kami merupakan syarikat Pengurusan Majlis Korporat, terutamanya bagi acara outdoor yang melibatkan acara pertandingan sukan.
Uniknya Guligeng kerana kami menyediakan 100% PERMAINAN TRADISIONAL di setiap majlis keraian yang kami kendalikan.
Kini, kami meluaskan lagi inisiatif kami untuk menghidupkan permainan nenek moyang ini dengan membekalkan ALAT BANTU MENGAJAR BERKONSEP PERMAINAN TRADISIONAL ke sekolah-sekolah.
WA KAMI SEKARANG!
BERITA BAIK KEPADA GURU PJPK
Mengajar subjek Pendidikan Jasmani & Kesihatan (PJPK) lebih menarik dengan EDUKIT PERMAINAN TRADISIONAL
DVD Kaedah Permainan untuk tontonan pelajar.
Manual guru untuk rujukan guru bertugas
Set alatan permainan tradisional
Sila lihat katalog PERMAINAN TRADISIONAL untuk maklumat lanjut.
Anda guru Pendidikan Jasmani dan sedang mencari idea baru untuk ajar subjek PJPK?
- Tiap kali matapelajaran Pendidikan Jasmani, cikgu buntu nak mengajar.
- Peralatan sukan sering tidak mencukupi. Adakalanya perlu berebut dengan guru lain bila bertindih jadual.
- Pelajar jemu bila tiap minggu menghadap permainan yang hampir sama.
Sekiranya pelajar jemu, apatah lagi guru yang perlu mengajar PJ setiap hari. Subjek Pendidikan Jasmani sepatutnya jadi subjek kegemaran semua.
Namun dek kerana kurangnya alatan mengajar, guru adakalanya terpaksa membiarkan pelajar mencipta permainan sendiri.
Kami memahami keluhan guru, kerana kami juga bekas anak murid yang gemarkan sukan dan permainan. Kami bantu memudahkan tugas guru PJPK dengan alat bantu mengajar subjek PJPK serba lengkap.
Kelengkapan apa yang tersedia?
- Peralatan permainan yang telah di suai-uji selama 5 tahun untuk memastikan ianya praktikal digunakan.
- Manual Guru untuk panduan terperinci digunakan sebagai teori pembelajaran.
- Video Kaedah Permainan memudahkan lagi pemahaman pelajar apabila dipelajari secara visual.
Kami perkenalkan EDUKIT PERMAINAN TRADISIONAL khas untuk guru-guru Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan.
Ya, PERMAINAN TRADISIONAL
- Berabad lamanya permainan ini menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Namun tidak ada sebarang usaha komprehensif untuk menurunkan warisan permainan nenek moyang ini kepada generasi pelapis.
- Umum sedia maklum bahawa permainan tradisional ini sangat menyeronokkan serta mampu menerapkan nilai-nilai murni seperti semangat berpasukan, hormat menghormati serta semangat setiakawan.
- Permainan tradisional ini secara tidak langsung mendorong pelajar bermain secara interaktif, seterusnya mendidik generasi gila-gajet untuk berkomunikasi secara lisan.
Bagaimana alat bantu mengajar ini dapat membantu tugasan guru?
- Mainkan saja video kaedah permainan kepada pelajar di dalam bilik darjah.
- Rujuk Manual guru sebagai perincian kaedah pemarkahan dan langkah keselamatan.
- Gunakan peralatan sukan ini di luar bilik darjah bersama pelajar.
Menarik bukan?
Tak perlu lagi berebut bola, gelung rotan atau bola takraw dengan guru lain. Tak perlu lagi guru berpayah mengkaji kaedah permainan.
PERMAINAN TRADISIONAL
Set Produk EDUKIT Permainan Tradisional ini didatangkan bersama Peralatan Permainan, DVD Kaedah Permainan dan Manual Rujukan Guru. Sesuai untuk pelajar Sekolah Rendah dan Menengah.
Lihat pilihan produk kami.
KEY BENEFIT
COMPREHENSIVE
Serba lengkap dengan ciri – ciri berikut :
- Video Kaedah Permainan.
- Alatan Permainan.
- Manual Guru
Memberikan kesan pembelajaran yang lebih interaktif, praktikal dan menyeronokkan kepada para pelajar
EASY TO USE
Kaedah permainan dan sistem pemarkahan diterangkan dalam video, langkah demi langkah dan mudah difahami
RISK FREE
Alatan permainan selamat untuk kegunaan pelajar :
- Telah disuai uji secara praktikal selama 5 tahun.
- Ditempah khas untuk disesuaikan dengan kegunaan pelajar.
- Dilengkapkan dengan manual guru sebagai rujukan langkah – langkah keselamatan tambahan